Hari pertama masuk sekolah setelah cuti seminggu... sampai disekolah saya terus saja membelek surat-surat dipejabat. Sambil bertegur sapa dengan guru-guru yang baru sampai di pejabat sekolah. Isunya adalah tentang kad raya. Cerita punya cerita... skang ni kan susah nak dapat kad raya. Tak macam dahulu.. Kawan saya pun menyampuklah.. adalah..!!! katanya.. Ade lagi orang yang hantar kad raya.. Ko tu tak famous... jadi taklah dapat kad raya.. Akak banyak dapat kad raya tau..
Hmm... sepanjang jalan kebilik guru saya hanya senyum dan diam. klaka pun ada.. Nak beri tahu saya tak famouslah tuh... Apa-apa jer lah.. Kesudahannya masuk bilik guru saya terus buat kerja. Tak sampai 10 minit.... si Ammar Farhan Fazarulkamal datang.. Berdiri di belakang saya..
Pelik juga saya... Ha... kenapa Ammar.. tegur saya.. " cikgu... ini untuk cikgu.." Ammar menghulurkan sampul putih kepada saya. Saya tersenyum.. Rakan yang tadinya persenda gurau kan saya tersenyum.. "wah...mana aci nih..." Saya tergelak..
Sepanjang hari itu saya mendapat banyak kad raya. Saya sempatlah berjenaka mengusik rakan lain. Sebenarnya bukanlah nak sangat. Saya tak pernah mengajar atau meminta dari anak murid saya menghargai saya dengan menunjukkan penghargaan. Namun mereka lakukan dengan kehendak hati sendiri.. Saya jadi kagum.. Mereka pandai berfikir.. Mereka pandai menilai. Alangkah bagusnya. Sekurangnya saya tahu anak murid saya terpandu dengan amalan yang baik.
Masa hanya tinggal dua bulan lebih. Selepas itu mereka semua akan naik kelas tahun hadapan.. Tanpa saya sedari sudah ramai anak murid saya yang telah meneruskan langkah. Semoga kejayaan milik mereka. Saya menghalalkan segala ilmu allah yang saya ajarkan kepada mereka. Saya ampunkan jua segala kesilapan mereka. Biar pun hanya sedetik menjadi anak murid saya....... doa saya sentiasa akan mengiringi mereka sepanjang hidup mereka. Insyaallah...
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment