Friday, July 24, 2009

Sukan tahunan 2009..

Hari sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Subang. Berlangsung di padang awam subang perdana. Secara keseluruhan rumah merah menjadi johan. Haa...!!! Rumah sukan aku lah tuh... Cayalah..!! Tapi pape pun untuk yang lain tahniah jugak sebab dah berusahah sedaya upaya. Yang penting semangat kesukanan. Bukannya menang kalah.. Cayokkk...!!!!

comel tak....!!!!













Harta yang aku ader..!!!

Aku kaye...!!!! Kaye ngan anak murid..!!! Cikgu doakan semua berjaya dengan cemerlang.. Jangan nakal-nakal.. Muah..!!! Muah...!!!! Heheheh..!!

Dia orang ni kreatif.. dan banyak cakap. Kalau boleh sumer nak kan perhatian aku. Ader je mende yang dia orang nak ceritakan kat aku. Yang seronoknya adalah melihat dia orang nih membesar. Macam tak percaya jer. Macam anak murid aku yang tahun sudah. Macam magic jer tetiba tgk dah makin besar sedangkan depan mata aku nampak comel jer.. Masa berlalu cepat. Akan datang aku akan merindui mereka ni sumer lak.














Anak - anak kesayangan ku....

Anak-anak kesayangan ku. Hmm...!!! Nakal sungguh semuanya. Ade jer karenahnyer.. Tapi tu yang buat aku rindu tuh. Yer arr bayangkan setiap pagi aku bersemangat nak pergi sekolah sebab nak tahu ape pulak karenahnya anak-anak aku nih.. Ade je peel yang buat aku senyum sendir.. Garang...? Memang aku garang. Tapikan ber tempat. Tgk bebudak nih. Bukannyer reti aku marah ker aper ker. Jadik wat penat jer marah. Hehehehe....!!!!



















Monday, July 13, 2009

Lipatan 2009

Meh Jenguk jap...!!
Ni Anak-anak aku. Bahagianya jiwa.. Aduh... bukan senang dapat anak reramai.. kenakalan mereka pitam dibuatnya.. Tapi bila tengok senyuman sensorang... Lembut hati jadiknya. Anak-anak aku nih kalau bab bergambar memang onn jer. Masing-masing nak expose. Dalam kelas aku memasing ader kelebihannya tersendiri. Nakal tak payah cakaplah.. Memangpun.. Manja...kebanyakannyalah. Yang lelaki pun sama. Dia orang ni kalau bab main, sukan, nyanyi hidup..!!! Setiap pagi dia orang dah nyanyi untuk aku.
Ni sumer pengaruh ipin & upin lah. Selamat pagi cikgu...!!! Sumer berlagu. Yang best nya kengkawan aku pikir aku yang suruh. Hmmm berbuih mulut dah aku tegur cam tu gak. And bila pikir apa salahnya. Yang penting dia orang seronok.
Haa... Ni memasing sibuk ngan lukisan dia orang yang tak siap tuh. Sibuk jer kan. Heheheh...!!! Kira ok ler tuh. Kelas aku ni Ader jer ceritanya. Hehehe...!!!




Sambutan hari anugerah cemerlang kat sekolah, aku bertugas siapkan backdrop. Last minutes. Ni ler kengkawan yang turut sama siapkan. Masa nie ayah sedang sakit. Kena strok dan aku berulang hari-hari ke seremban. Pergh...!!! Penat giler... Tapi atas rasa tanggunjawab aku berusaha gak sebab bagi aku itu bukan satu alasan kerana akhirat nanti kena tanya tentang tanggungjawab aper aku nak jawab??? tak mampukan... So baik buat. Lagi pun aku ketua. Nanti kalau aku lepas tangan saper nak handle. TApi kan kengkawan sumer banyak tolong.. Koranggg...!!!!! Mekasih...!!! Arigatooo...!!!!





Mural



Mural.... Fuh gelap kulit aku .......!!!!!!!!!!

HUwaaaaaa.....!!! Aku gak yang kena dera wat mural. Wat tu tak kisah yang tak tahannnya panassss.... Fuh tu baru panas duniakan..!!! Tu la pasal. Ni nak citer gik. Aku wat sensorang jer. huhuhuhu.....!! Bukan tak de orang nak tolong tapi aku senang wat kejer sendiri. Dari rosak tak puas hati baik aku wat sendiri. AKu amik mase seminggu gak nak siapkan ni sumer. Ye lah wat pas habis sekolah jer. Pastu time tu punyalah matahari terpacak atas kepala... Huwaaa...!!! Tapi aku gagahkan jugak...
Pas tuh yang paling kelakar kulit aku hitam. Sumer mengelupas.. sabar je lah. Jenuh gak nak kembali ke kulit asal.. Tapi pape pun blh arr. Kira ok lah tuh.
Aku bab keje art ni memang favourite aku. Jiwa senilah katakan. Sebab tuh lah anak murid aku kebanyakkannya pandai melukis. Apa tak nya... Dari awal aku suruh dia orang melukis bila ade latihan. Tak de nyer aku nak fotocopy.. Sebab dari situ dapat mengasah kreativiti dia orang... HA minda yang sihat adalah minda yang kreatif dan mampu menghasilkan idea yang baik.

Friday, July 10, 2009

Alkisah Cikgu Syidah Yang Garang

Hmm.... Kadang kala macam kelakar bla pikir aku jadik cikgu. Hehheheh... Alkisah dulu mak aku selalu sindir. Mak kater cair montot anak murid kalau aku jadik cikgu. Hihihihi... Dah rezeki aku kat situ. Alhamdulillah..




Garang..... Ha ni nak citer nih. Aku MEMANG GARANG !!!! Hihihihi... Aku tegas n kalau aku rase aper yang aku buat tuh betul... aku tak akan ubah keputusan aku. Tapi kalau aku salah aku tak akan segan nakmintak maaf tapi.. amik maser lah sikit.. Well manusiakan. Ni citer aku mule-mule mengajar. Aku kena buli ngan budak sampai pitam. Tapi tahun pertama jer. Masuk tahun kedua...awal-tahun aku dulu dah tunjuk garang. Pastu dan seterusnya senang. Hmm.. Nawaitu aku.. mendidik..




Cuba bayangkan. Seorang ibu yang beranak 5. Kat umah terjerit-jerit, pening n kadangkala cuti jer hantar terus balik kampung.. Tiket sehala... Hujung cuti baru amik tiket dua hala. Kadang kala nakalnya anak, diri sendiri tak tahan. Bayangkan kalau dihimpun anak yang nakal sumer tuh dalam satu kelas seramai 40 orang. Yang jaga sorang jer cikgu. Kadang-kala termarah terlepas sket tu perkara biasa. Namun ade ibu bapa yang tak mengerti.. Tak perlah. Hanya guru mengenal tugas guru.




Garang..? aku memang garang. Awal tahun jer ader lah ibu bapa yang dok datang complain aku garang. Aku tak kisah apa pandangan ibu bapa kerana walaupun aku garang ... bertempat.. Dan yang manisnya walau aku garang anak-anak murid aku semuanya close dengan aku. Mereka tahu aku marah sebab aper. Dan aku tak derlah tetiba macam meroyan nak marah tak tentu hala. Nawaitu aku satu.. MENDIDIK. Setiap kali melihat mereka aku tak lupa minta allah jadikan mereka anak yang berguna dan punya masa depan yang cerah.




Aku sayang anak-anak murid aku. Mereka jantung hati aku. Sebab tuh kalau sakit pun aku nak jugak datang mengajar. Bagi aku mereka semua penting. Walaupun nakal dan selalu peningkan kepala aku, namun itulah yang buat aku bahagia. Aku tahu mendidik tak seharusnya garang. Tapi kalau ketegasan aku dianggap garang oleh sesetengah pihak, aku tak mampu nak wat per. Bagi aku kalau aku betul aku tak akan berganjak. Bukankah berani itu kerana benar.




Sebagai seorang ibu bapa aku faham. Kasih sayang itu kadang kala mengaburi. Dan aku tidak selalunya betul. Ade satu insiden sorang ibu complain kat guru besar yang aku ketuk kepala anak dia dengan buku. Aku mulanya geram sangat sebab tak benar. Tak pepasal aku kena menjawab. Bukan kah lebih baik ibu tu periksa dulu. Mula nya aku memang marah. Aku tak perlu nak pukul anak-anak murid aku. Kerana dengar suara aku pun anak murid aku dah kecut. Suara aku jer bergegar satu kelas. Tambah lagik berdiri cekak pinggang sumer duduk sopan kat meja memasing. Tapi bla aku fikir balik, tak ape lah. Kalau aku ditempat ibu tu aku pun mungkin lakukan perkara yang sama jugak. Lagi pun aku akan dan terpaksa kawal kelas betul-betul awal tahun. Jadi masuk bulan kedua aku dah tak perlu pening kepala dengan masalah murid. Malah Disiplin murid juga terkawal.




Walaupun aku garang, semua anak murid aku yang comel-comel tuh pandai ambil hati aku. Keje sekolah yang aku beri sumer siap. Malah pencapaian mereka sangat bagus. Saat guru kelas yang lain pening kepala anak murid mereka langsung tak kenal huruf, anak murid aku dah boleh membaca walau pun sekadar merangkak. Yang merangkak pulak semakin laju. Tulisan kebanyakkan sumer kemas mengalahkan abang kakak mereka. Malah aku boleh lihat daya saing mereka dalam kelas. Aku bahagia melihat perkembangan mereka. Aku tak perlukan ganjaran apa-apa. Bagi aku mereka amanah yang harus aku jaga. Jika aku terpaksa bertegas untuk menjaga amanah ini aku akan lakukan meskipun aku akan disalah tafsir.




Bagi ibu bapa yang mungkin tak puas hati, sorry k. Amanah ini terlalu besar dan aku lebih takut mengadap allah nanti dengan amanah yang telah aku abaikan. Mana mungkin aku dapat menjawabnya nanti. Andai disoal.."mengapa aku berdiam apabila ada murid ku yang melakukan kesilapan?" Apakah jawapan yang harus aku jawab? "mengapa sebagai seorang guru aku gagal mendidik anak-anak ku, dan membiarkan mereka membesar dengan membawa satu kesilapan kecil yang boleh menjadi kesalahan besar suatu masa nanti" Mampukah aku menjawab? Andai anak-anak ku gagal menjadi insan berguna, seumur hidup aku akan menyesal.




Anak-anak murid ku sememangnya nakal. Namun aku bangga dengan mereka. Saat murid sebaya sibuk bising ketika didalam kelas pabila guru tiada, anak murid ku membaca buku cerita. Kelas lain muridnya bergaduh sesama sendiri, anak murid ku rapat sesama sendiri bagai saudara. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing. Aku tak perlukan jadual kelas untuk pastikan kelas teratur dan bersih. Anak-anak murid ku tahu tanggungjawab mereka. Aku sayang mereka semua. Aku bersyukur menjadi seorang guru.




Aku bukanlah garang sentiasa.. Hanya anak murid ku sahaja yang mengenal aku. Kepada ibu bapa maaf sekiranya ada hati yang tercalar. Bagi ku mereka jua anak-anak ku. Semoga allah menjadikan mereka anak-anak yang berguna dan menjadi khalifah allah yang memakmurkan dunia dan akhirat.




Manusia tidak sempurna. Aku tidak sempurna. Jika aku mengguris hati maafkan aku. Semoga allah membalas dengan sesuatu yang lebih baik.. Amin..




Ha nih la anak-anak aku yang nakal-nakal....!!!