Friday, August 12, 2011

Bengkel Seni


Alhamdulillah LADAP da settle... huuuuuuu sumer berjalan lancar.. Syukur Alhamdulillah...









Tahniah... Settle sudah..... A+ untuk semua...



Saturday, December 5, 2009

Monday, November 9, 2009

Pertandingan Nasyid November 2009...

Assalammualaikum...

Rasa dah lama tak update blog ini.. Maaf kerana memang sibuk. Almaklumlah hujung tahun.. Tu pun terkial-kial menyiapkan marksheet exam, buku rekod adab, kertas exam dan memacam event yang ade disekolah. Tambahan pula Guru Besar SKSBG nak bersara... Hurmmm sayu lah jugak kerana GB skang nih memang sporting dan suasana kerja walaupun banyak tapi tak tension...

Alkisahnya pertandingan nasyid. Kasihan lihat anak-anak. Mereka semua berlatih bersungguh-sungguh. Kesedaran diri akan nilai diri setiap orang didalam kelas amatlah tinggi. Comel sungguh dan ada yang tak dapat masuk tapi mereka tetap ceria dan menyokong kuat kelas 1 maju.. Demi allah terharu dengan anak-anak 1 maju.. Selama setahun saya membebel didalam kelas, alhamdulillah mesej saya sampai.. Tak ada seorang pun bermasam muka kerana mereka semua tahu bahawa mereka turut menang dengan kemenangan kumpulan nasyid 1 maju.

Jika mereka tidak menang pun saya amat berbangga kerana selama setahun bersama anak-anak ini saya tahu mereka berusaha sehabis daya.. Bukan dalam pertandingan ini sahaja malah dalam segala hal yang melibat kan kelas. Sebagai contoh, walaupun mereka murid tahun 1, tetapi mereka mengerti tanggungjawab mereka. Dari awal tahun hinggalah kini, saya tidak pernah membuat jadual tugasan kelas.. Saya selalu mengingatkan anak-anak bahawa segala yang melibatkan kelas adalah tanggungjawab bersama. Jangan pentingkan diri, jangan sombong, jangan bergaduh, jangan mencuri dan macam-macam lagi. Alhamdulillah setakat ini belum penah saya lihat sampah berterabur didalam kelas. Saya selalu mengingatkan bahawa kesalahan seorang akan ditanggung oleh semua murid kerana mereka adalah sekeluarga.

Pernah sekali saya membatukan hati mendenda semua murid 1 maju kerana kelas lecak dengan air botol air yang tumpah sedangkan saya telah berpesan jangan meletakkan botol air diatas meja. Kasihan mereka tetapi nawaitu saya adalah ingin mereka bersama saling ingat mengingati dan sentiasa membantu satu sama lain. Semua murid dikehendaki lap tumpahan air tersebut dengan kain buruk dan tiada yang terkecuali. Sayang....???

saya amat sayang anak murid saya.. Lagi 2 minggu sahaja sesi persekolah sebelum cuti dan murid akan lanjut ke tahun 2. Hati saya hanya allah yang tahu.. Setiap seorang dari mereka punya keistimewaan tersendiri. Nakal, pandai, cantik, pendiam atau apa sahaja bukan ukuran.. Sebatu mana pun hati saya, anak-anak ini berjaya mencairkannya. Saya bersyukur menjadi seorang guru. Walaupun punya kelulusan yang membolehkan saya menjawat jawatan yang lebih baik, namun saya lebih selesa posisi ini kerana anak-anak ini .. ya kerana mereka.... TERLALU ISTIMEWA... TERLALU ISTIMEWA.. TERLALU ISTIMEWA.... Yang membuatkan saya rindu kerana... mereka anak yang baik.. Ya allah jadikanlah anak-anak ku ini manusia dan umat mu yang berguna....

Anak-anak ini lebih mengenali saya dari teman sekerja yang lain. Teman hanya melihat saya garang... tapi anak-anak ini tahu bila tika dan waktunya saya garang n mengapa saya garang.. Jika saya terlalu menyeramkan, pastinya mereka x berani hendak bertemu saya. Namun percaya atau tidak setiap hari anak-anak ini pasti menja mengada dengan saya. Setiap pagi ada sahaja yang datang ingin berkongsi cerita.. Kadang kala lucu lah juga kerana jika saya ibarat singa..... mereka akan sebolehnya mengelak saya. Ini tidak ada sahaja cerita yang hendak dikongsi oleh mereka..

Anak-anak ini semua sangat memberi kesan kepada saya. Kerana mereka saya rajin ke sekolah. Kerana mereka sebolehnya saya tidak mahu MC walaupun sakit. Kerana mereka saya bersemangat hendak mengajar. Gembira sungguh melihat mereka membaca sekarang nih. Semua anak murid saya sudah lancar membaca berbanding dahulu ada yang tidak kenal huruf. Ya allah bahagianya melihat perkembangan mereka..

Ibu bapa diluar sana... harap dapatlah meneruskan perjuangan mendidik mereka ini. Mereka semua anak yang baik.. Saya yakin ibu bapa pasti lebih arif akan anak sendiri. Sayang bukan bererti kita harus memberi segalanya. Keras bukan bererti kita benci. Dalam era globalisasi dunia sekarang, mendidik menjadi lebih mencabar. Oleh itu lindungilah anak tuan puan dengan perisai ilmu agar mereka tidak tewas dipertengahan jalan. Biarlah mereka sedar dan tahu memilih baik dan buruk diusia muda ini agar landasan yang kita bina membuatkan mereka ini terpimpin kearah cahaya yang diredhai. Setiap mereka ini punya kebolehan tersendiri. Kurang dalam pelajaran bukan bererti mereka akan tergelincir. Ada anak yang saya lihat agak lemah dalam pelajaran namun dalam bila disuruh mengaji, subhanallah lunak merdu dan lancarnya. Ada yang hebat dalam lukisan.. Ada yang bagus dalam muzik, kira-kira, deklamasi sajak puisi dan sebagainya. Jangan sempitkan pemikiran kita. Tugas kita membimbing mereka memilih bukan memilihkan untuk mereka. Kerana mereka perlukan sokongan bukannya arahan.. Ada masanya kita perlu memilih untuk mereka membantu agar mereka dapat melihat sesuatu yang tersirat..


sayangnya semua anak murid cikgu.. Tahniah untuk semua dan seperti yang cikgu janjikan, sama ada menang atau tidak, terlibat atau tidak, semuanya akan mendapat hadiah dari cikgu.. Kerana kamu semua anak yang baik.... Semoga allah memberi rahmat buat kamu semua dan cikgu doakan kejayaan kamu didunia dan di akhirat. Biarpun kamu semua belum mengerti namun cikgu pasti suatu masa nanti kamu semua akan menyedari... Sayang semua...













TEMPAT KE-2 PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT SEKOLAH.



Wednesday, October 7, 2009

Jamuan raya...

Jamuan... Hehehe...!!!

Seronok tengok anak-anak murid saya makan... Berselera sungguh. Macam-macam makanan ader.. Yang kesian tuh ader lah anak murid saya yang makan sampai muntah.. Kasihan.. Terlebih makan.. Pastuh leh lah pulak dia sambung balik makan tuh.. Hehehehehe... Pastuh ske lak tengok anak-anak nih sumer comel. Dengan baju rayer yang colourfull dan yang best nya cute , seronok and manis jer muka mereka semua.. Parent pun sporting best.. Bagi memacam makanan yang menarik.. Sayangnya saya dapat jamah sikit jer sebab hari tuh tak berapa sihat..

Kenangan sungguh.. Sedar tak sedar dah bulan oktober. Lagi sebulan lebih pastuh anak-anak saya semua nih pasti akan tambah mambesar dan naik darjah... Huuu....Sedey lah pulak






Salam aidilfitri anak-anak ku....

Sunday, September 13, 2009

Bio-Aura

Hmm.. saya sekadar membantu rakan.. Harga asal bio-aura ini ialah RM2080.. Namun sahabat saya ingin menjual nya dengan harga RM1500. Hanya ada 9 stok yang tinggal dan ingin di clear kan secepat mungkin. Boleh hubungi saya diblog ini atau emailkan ke orkedhutan@gmail.com.


bayangkan lah selama ini... inilah kualaiti air yang kita minum.. ayuh dapatkan segera penapis air ini yang dijual dengan harga ayang amat murah..


Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: menukar dan membersih penapis menjadi lebih mudah dengan system “pusing dan kunci? Saluran hos dalaman tidak kelihatan untuk penapisan yang kemas

Pemasangan yang senang: disertakan dengan alat gentian untuk kesesuai jenis kepada paip rumah pengguna

Penutup penapis yang berwarna: setiap penapis diindikasikan dengan warna yang berbeza untuk kemudahan pengguna

Saiz penapis yang lebih besar: membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanannya

Sesuai untuk kegunaan: rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan

Pengiktirafan: kualiti air yang bertaraf dunia



Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat

Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan

Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien

Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh

Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum

Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum

Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan
Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid

Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan


Keunikan Dan Kebaikan Air Bio Aura Kepada Pengguna.

1. Air menjadi lazat tanpa dididihkan.
2. Bertenaga (Aura) meningkatkan keaktifan sel.
3. Mempercepatkan proses -######bolisme-.
4. Meningkatkan kapasiti nutrien (mineral).
5. Meningkatkan kandungan oksigen.
6. Molekul air halus memudahkan diserap.
7. Melancarkan aliran peredaran darah.
8. Membaiki sistem penghadaman.
9. Mencegah masalah berkaitan jantung.
10. Menyingkirkan bahan2 tidak diperlukan.
11. Memperbaikan perpeluhan dan melegakan kepanasan.
12. Membantu komunikasi antara sel dan kelajuan maklumat.
13. Tidak mempunyai kesan magnetik tinggi.
14. Kelembapan kulit dan memperlahankan penuaan.
15. Meningkatkan kemampuan sistem immuniti.
16. Nilai ph setara dengan manusia.
17. Kegunaaan domestik untuk kesegaran makanan.


Testimoni Pengguna.

EN. SAYUTI BIN ABDULLAH.
Balai Bomba Bandar Indera Mahkota. Masalah - Penyakit : InjabJantung Tersumbat, Kencing Manis, Darah Tinggi. Selepas menjalani terapi air bio aura selama 3 hari, beliau mengalami “healing crisis”. Letih lesu dan demam. Bila diperiksa oleh doktor pakar jantung dari Hospital KMC (Kuantan Medical Center), doktor mengatakan tekanan darahnya rendah, kencing manis terkawal dan jantung dalam keadaan baik. Selepas 3 hari pemeriksaan dibuat lagi doktor mengesakan Tekanan darah beliau sudah terkawal. Kuasa penyembuhan sebenarnya adalah dari Allah Taala, tetapi penapis dan perawat air Bio Aura High Tech with Nano Technology ini adalah merupakan perantaraan yang diizinkan oleh Allah Taala.


EN JOHARI (TNB Kuantan)
Masalah - Penyakit Asma Selepas meminum air Bio aura, saya mengeluarkan kahak yang banyak berhari-hari lamanya. Selepas itu asma saya semakin hari semakin baik. Sekarang saya sudah boleh menjalankan aktiviti lasak seperti orang lain, berjogging dan mendaki bukit. Alhamdulillah.


Pn Siti Aishah (Pensyarah IKIP-Kuantan)
Masalah : BUAH PINGGANG
” Six month ago, I’m a very healthy mother, then I realised that berat badan saya mendadak naik. Pada mulanya saya ingat itu pertambahan berat badan yang biasa bila umur sudah meningkat. Suddenly saya mulai perasan saya mengalami sakit di kawasan pinggang dan belakang. Bila dibuat pemeriksaan kesihatan, rupanya saya mengalami masalah pada buah pinggang saya. Semasa mendapat rawatan di wad di KMC, Puan Ju menghantar kepada saya air Bio Aura dan menasihati saya menjalani terapi air bio aura. Selepas minum air ini saya mulai kencing tak berhenti-henti, dan badan saya mulai susut dengan sendiri. Namun saya masih meneruskan rawatan saya ke Hospital Puteri sebagaimana yang telah dirancang terlebih dahulu. Pn Ju tetap mengirimkan saya dengan air ini ke KL dengan bas express. Alhamdulillah Doktor kemudian mengesahkan buah pinggang saya sudah pulih sebelum saya menjalani pembedahan yang dijadualkan kepada saya. Saya ingin menyampaikan berita ini kepada ramai orang, beritahulah kepada semua pesakit buah pinggang pada tahap awal, dapatkanlah penapis air Bio Aura tanpa ragu-ragu.


SITI KATIJAH YAACOB. Anak mengidap Penyakit Kulit
Anak lelaki saya dari kecil lagi mempunyai masalah kulit yang sangat sensitif. Kakinya sangat sensitif kepada kelembapan dan keadaan yang kurang bersih. Kulitnya akan mendapat radangan yang teruk dan berisi air dan gatal-gata.. Bila saya merendamkan kakinya di dalam air penapisan yang pertama selepas dipasangkan, masalah kulit anak saya telah beransur baik dan kini sudah sembuh sepenuhnya. Amalan meminum air ini sepanjang masa juga telah membantu dia pulih sepenuhnya

Sunday, September 6, 2009

Umi abah......

conversation ngan kengkawan lama.... umi bacalah sendiri ekk....


Jenita Engi
jangan cakap mereke sayang ko jer....mereka pun sayang kek kami tau.....kalau tak kekelakaran mereka berdua dalam mengajar aku kita dan semua takan jadi macam sekarang
kekekke
Fri at 8:08pm · Delete

Ciedah
hehehe... jelous lak... heheh... tapi yang penting aku selamanya masih sebumbung ngan mereka... heheheh.... wei jenita ko dah kawen ker?
Fri at 8:09pm · Delete

Harniza Abdul Wahab
aduiiiaaii..setelah skian lama bru leh nmpk wjh diorg blk..xbrubah langsung...msh awet muda la...windu sungguh...kem slm rindu kat diorg..
Fri at 11:46pm · Delete

ciedah
baru tau.... aku jugak yang untung... cik gu jun punn...guru besau pun ader tau.. jangan jelous.. umi abah sayang aku.. yeyeyeyeye.. umi abah syang aku....!!! wekk...
Fri at 11:49pm · Delete

Aqma Idris
:-) wah lamanya tk dgr cter abah n umi..wlaupn jmpa skali tp aku suka dorang,msti dh bosar2 ank dorang..dlu jmpo kocik2 lg
Yesterday at 12:50pm · Delete

ciedah
ha ah... anak dia sumer dah besar panjang.. barulah aku pasan aku makin tue sebab tengok adik-adik sumer besar makin remaja... adesss.... Wa......
Yesterday at 12:53pm · Delete

Jenita Engi
kuang asam......!!!!!!! baru sekarang ko menjelma syidah!!!!!!!!kemana ko menghilang!!!!!lama tau aku cariek ko.....!!!!!terukkkkkkk.....tak kenal dunia....hehehhe...gurau je lah,,,,happy dapat berita dari ko....aku baru jejak si EIja and Ugie.....ak...u banyak gak type nama ko..tapi tak ada pun yang berkenan di hati.....muka yang aku cuba cam tak ada...nasib baik dapat tangkap si eija....dia pun dah tunang...hai...ugie dah kawin....pelajar orang asli SMKP...semua dah kawin...tinggal aku jer....sekarang aku kat KL/Selangor...ko kat mana....rindu jugak dengan cikgu rozila dan cikgu rashid....Read MoreFri at 8:16pm · Comment · Like / Unlike · View Feedback (5)Hide Feedback (5) · See Wall-to-Wall

ciedah
wah....... windu wei kat ko... aku ngan umi abah la. mana leh tinggal dia orang. Jantung hati aku tuh.. Ko dah kawen ker..? aku solokan diri..hihihihihi....
Fri at 8:25pm · Delete


Jenita Engi
BELUMMMMMMMMMM!!!!!!!! tak tau bila aku time aku punya giliran.....ikat tak bertali boring jugak....hehehhe....ko kat mana sekarang ni...keje aper...guru yekkkkkkk.......ko kirim salam dengan cikgu rashid dan Umi yekkk...kata kat mereka walau aku tak dapat sambung belajar ke paras paling tinggi tapi aku telah menjadi pelajar mereka yang telah ... Read Moreberjaya dalam hidup....kerjaya aku sekrang adalah untuk masyarakat aku....ko kata kat mereka...masah dah kahwin dan ada 2 anak....keje dia pembantu tabika....guru jugak lah...suhiyah..jadi guru di sekolah orang asli putra...kat kampung jugak lah..

cuma aku seorang jer yang jauh sekarang....kekadang rindu jugak dengan cikgu rashid dan syidah...oh yea..ko kata lagi adik aku Rabu dah keje sebagai Tentera darat di kem Kuala Lumpur...bahagian Jurutera Bina...dia pernah jadi pelatih terbaik rekrut tahun 2003...dia pun dah kawin sekarang ada 2 anak...

aku jer yang belum kawin....lambat lagi kot...kan best kalau aku dapat jumpa dengan u all semua....
Fri at 8:38pm · Delete

ciedah
ha ah kan..... rindu kat ko... aku masih cam dulu... melangok kat umi jer kerjenyer.. dok celah ketiak.. heheheh... aku cikgu.. freelance designer and artist... hmmm jiwa seni abah tumpah kat aku da... wei ko kat aner... aku kat shah alam.. aku kejer sana. umi abah kat n9. nanti aku sampaikan. aku baru balik dari sana poser ngan umi cuti sekolah ari tuh... umi abah sihat. adik yang lain pun sama.. ain dah cun.. yang len pun dah besau... aku lak dah tueeee........
Fri at 8:46pm · Delete

Jenita Engi
laaaaaaaaaaaaa....aku keje kat shah alam laaaaaaaaaaa...aku keje kat SUK....bangunan setiausaha kerajaan negeri selangor.....selalu gak lah aku naik train...........kolllllllllllllllllllll akuuuuuuuuuuu......nanti cuti ko balikkk umah umieee bawak lah akuuuuuuu...
Fri at 8:49pm · Delete


ciedah
insyaallah........ boley jer tambang pergi balik RM500... heheheheh... huhh...!!!
Fri at 8:56pm · Delete
hehehehehehe........ lari tajuk jap...


Dimana kan ku cari ganti.....

Dimana kan ku cari ganti..... serupa dengan mu......
Sayang atuk......

Abah dan umi di tanah suci....... turn syidah ble ler agaknya..

Inilah harta paling bernilai yang saya ada..