Friday, August 28, 2009

Cuti ......... yang membosankan....!!!

Assalamualaikum....
Pe khabar sumer... Cuti sekolah tiba lagi.. Adesss...!!! Bosannya... Rindu kat bebudak dalam kelas tuh. Aliah Sabrina... oo soh cikgu blanjer ekk... Hahahah... Meh sini cikgu blanja makan tapi kat umah la. Masak special maggi goreng. Hehehe...!!! Tak per nanti buka sekolah cikgu wat jamuan. Tapi lepas raya lah. Bulan pose nak makan apa nyer. Puasa kena penuh tau...!!
Puasa ni seronok. Puasa sensorang rasa lain la pulak. Balik kampung kejap jer. Nak kemas umah nak rayakan. Gik pun cikgu sibuk nak jahit baju rayer anak-anak buah dan adik beradik.. Huuu... Penat..
Cepat lah habis cuti.. Tak sabar nak pergi sekolah.. hehehehe... Nak seronok ngan anak-anak murid sumer. Nak puasa sesama. Dan yang paling rindu keletah dan idea anak-anak murid yang ade-ade jer. Satu hari satu perangai.. Rindu..

Monday, August 17, 2009

Ramadan datang lagi....

Hmmm... Cadangnya macam nak buat jamuan untuk anak-anak sebelum pose nih. Cadang la.. Sebab saja nak bagi semangat mereka nak pose nanti. Lagi pun tahun ni saya sibuk nakpastikan anak-anak saya puasa. Ikut kemampuan merekalah.

Alhamdulillah anak-anak 1 maju sumer aktif. Oleh itu insyaallah pasti mereka akan mencuba yang terbaik. Saya juga ada lah sibuk-sibuk kata nak fight ngan mereka pose penuh. Wakakakaka...!!!! yer lah tuh. Bebudak yang polos tu aper lagik... Memasing pasang azam nak kalahkan CIKGU SYIDAH.... HAHAHAHAHA.....!!! Lucu.... Adessss...!!!!

Ramadan datang dah.. Sekejap jer masa berlalu. Hati jadi sayu.. Diam tak diam dah bulan ogos. Sok masa berlalu lagik. Bebudak nih semakin membesar.. Laaa... tinggal la saya sendiri lagi nanti. Budak-budak ni akan ke darjah dua pulak. Sedar atau tidak kasih tu dah tumpah terlebih. Ade anakmurid yang nak pindah.... hu sajer jer cakap kat anak-anak... ala tak payah la pindah nanti teacher tinggal sorang... huuuuu... Ya allah betapa pemberian allah terlalu bernilai kepada saya. Anak-anak ini terlalu berharga. Dari hari kehari saya melihat mereka membesar depan mata hinggakan sayang dan tak sanggup kehilangan mereka. Itulah yang amat sukar dilepaskan. Dan kerana itu jugalah saya masih tertahan-tahan untuk pindah. Rasa SK Subang dah sebati dan anak-anak ni terlalu bermakna.

Anak-anak ni juga lah yang banyak mengajar saya. Mereka inilah yang selalu buat saya senyum. Kadang kala senyum sendirian.. Malah mereka nih buat saya rindu bila cuti lama. Hidup dan masa akan terus berlalu. Anak ini akan membesar dan saya akan semakin tua. Hhihihihhi...!!! Biar lah mereka terus membesar dan mengejar cita-cita namun doa saya tidak akan putus walau sedetik. Selagi bernyawa selagi itulah saya mendoakan anak murid saya berjaya menjadi anak-anak yang berguna dan pemayung agama. Semoga perjuangan ini akan digalas oleh salah seorang dari mereka nih.

Ya allah......berkatilah anak-anak ku ini... Ya allah berikanlah kejayaan untuk anak-anak ku ini. Ya allah aku tidak mahu sebarang balasan. Cukuplah mereka berjaya dan hindarilah mereka dari terjerumus atau meniti lorong-lorong neraka mu. Ya allah jadikanlah putera puteri ku ini umat mu yang beriman. Dengan kalimah lailahaillallah muhammadurrasullullah... amin..


TERIMA KASIH

Terima kasih muridku
Kerana mengajarku erti sabar

Terimakasih muridku
Kerena mengajar ku erti semangat

Terima kasih muridku
kerana mengajarku jangan berputus asa

Terima kasihmuridku
kerana mengajar ku jangan lalai

Terima kasih murid ku
Kerana mendengar leteran ku

Terima kasih muridku
Kerana mendengar nasihat ku

Terima kasih muridku
Kerana tidak jemu dengan desakanku

Terima kasih muridku
Kerana menerima hukuman ku

Terima kasih muridku
Kerana kaulah guruku

Terima kasih muridku
Kerana meneguk madu ilmu
dari sendukan jejari tangan ku
Yang penuh kekurangan dan Kebocoran..

Terima kasih muridku
kerana kau membuatkan aku
ingin memperbaiki lompang lompong
ilmu yang masih kurang
Terima kasih anak muridku di maju.....
Cikgu syidah sayangkan kamu....

Saturday, August 15, 2009

Assalammuaaikummm....

Salam buat semua. Terima kasih diatas sokongan para ibu bapa dan sesiapa yang mengunjungi blog saya ini. Huh... ingat tak laku. Heheheheeh.... Paper pun sory kerana lambat update coz labtob buat hal. Ternak virus berlambak. So sekse sangat nak online. tambahan pula banyak kerja sedikit. Almaklumlah. Budak baru abis exam. Banyak urusan perlu disegerakan. Tambahan pula dengan menularnya wabak H1N1 ni.

Dikesempatan ini saya ingin meminta bantuan para ibu bapa agar memastika anak-anak anda semua memakai topeng muka apabila kesekolah. Saya terpaksa mewajib kan keatas anak murid say dan berharap para ibu bapa juga turut berbat demikian kerana penularan wabak ini semakn merunsingkan. Tambahan pula di institusi pendidikanlah kerana anak-anak kita bergaul dengan ramai murid yang lain. Walau pun mungkin tidak dapat mencegahnya sekurangnya kita dapat mengelakkan. Yang selebihnya biara allah yang tentukan yer.

Selain itu, bulan kemerdekaan ini pihak sekolah ada mengadakan pertandingan keceriaan kelas sempena hari kemerdekaan. Bagi ibu bapa yang mempunyai idea atau sumbangan bolehlah menghulurkannya. Bantuan dan subangan pihak ibu bapa amatlah saya hargai..
Jutaan terima kasih diatas sokongan dan insyaalah saya akan menambah lebih banyak lagi komen-komen terhadap anak-anak tuan puan sekiranya mendapat sambutan yang baik dari pihak ibu bapa.. Assalammualaikumm...