Monday, November 9, 2009

Pertandingan Nasyid November 2009...

Assalammualaikum...

Rasa dah lama tak update blog ini.. Maaf kerana memang sibuk. Almaklumlah hujung tahun.. Tu pun terkial-kial menyiapkan marksheet exam, buku rekod adab, kertas exam dan memacam event yang ade disekolah. Tambahan pula Guru Besar SKSBG nak bersara... Hurmmm sayu lah jugak kerana GB skang nih memang sporting dan suasana kerja walaupun banyak tapi tak tension...

Alkisahnya pertandingan nasyid. Kasihan lihat anak-anak. Mereka semua berlatih bersungguh-sungguh. Kesedaran diri akan nilai diri setiap orang didalam kelas amatlah tinggi. Comel sungguh dan ada yang tak dapat masuk tapi mereka tetap ceria dan menyokong kuat kelas 1 maju.. Demi allah terharu dengan anak-anak 1 maju.. Selama setahun saya membebel didalam kelas, alhamdulillah mesej saya sampai.. Tak ada seorang pun bermasam muka kerana mereka semua tahu bahawa mereka turut menang dengan kemenangan kumpulan nasyid 1 maju.

Jika mereka tidak menang pun saya amat berbangga kerana selama setahun bersama anak-anak ini saya tahu mereka berusaha sehabis daya.. Bukan dalam pertandingan ini sahaja malah dalam segala hal yang melibat kan kelas. Sebagai contoh, walaupun mereka murid tahun 1, tetapi mereka mengerti tanggungjawab mereka. Dari awal tahun hinggalah kini, saya tidak pernah membuat jadual tugasan kelas.. Saya selalu mengingatkan anak-anak bahawa segala yang melibatkan kelas adalah tanggungjawab bersama. Jangan pentingkan diri, jangan sombong, jangan bergaduh, jangan mencuri dan macam-macam lagi. Alhamdulillah setakat ini belum penah saya lihat sampah berterabur didalam kelas. Saya selalu mengingatkan bahawa kesalahan seorang akan ditanggung oleh semua murid kerana mereka adalah sekeluarga.

Pernah sekali saya membatukan hati mendenda semua murid 1 maju kerana kelas lecak dengan air botol air yang tumpah sedangkan saya telah berpesan jangan meletakkan botol air diatas meja. Kasihan mereka tetapi nawaitu saya adalah ingin mereka bersama saling ingat mengingati dan sentiasa membantu satu sama lain. Semua murid dikehendaki lap tumpahan air tersebut dengan kain buruk dan tiada yang terkecuali. Sayang....???

saya amat sayang anak murid saya.. Lagi 2 minggu sahaja sesi persekolah sebelum cuti dan murid akan lanjut ke tahun 2. Hati saya hanya allah yang tahu.. Setiap seorang dari mereka punya keistimewaan tersendiri. Nakal, pandai, cantik, pendiam atau apa sahaja bukan ukuran.. Sebatu mana pun hati saya, anak-anak ini berjaya mencairkannya. Saya bersyukur menjadi seorang guru. Walaupun punya kelulusan yang membolehkan saya menjawat jawatan yang lebih baik, namun saya lebih selesa posisi ini kerana anak-anak ini .. ya kerana mereka.... TERLALU ISTIMEWA... TERLALU ISTIMEWA.. TERLALU ISTIMEWA.... Yang membuatkan saya rindu kerana... mereka anak yang baik.. Ya allah jadikanlah anak-anak ku ini manusia dan umat mu yang berguna....

Anak-anak ini lebih mengenali saya dari teman sekerja yang lain. Teman hanya melihat saya garang... tapi anak-anak ini tahu bila tika dan waktunya saya garang n mengapa saya garang.. Jika saya terlalu menyeramkan, pastinya mereka x berani hendak bertemu saya. Namun percaya atau tidak setiap hari anak-anak ini pasti menja mengada dengan saya. Setiap pagi ada sahaja yang datang ingin berkongsi cerita.. Kadang kala lucu lah juga kerana jika saya ibarat singa..... mereka akan sebolehnya mengelak saya. Ini tidak ada sahaja cerita yang hendak dikongsi oleh mereka..

Anak-anak ini semua sangat memberi kesan kepada saya. Kerana mereka saya rajin ke sekolah. Kerana mereka sebolehnya saya tidak mahu MC walaupun sakit. Kerana mereka saya bersemangat hendak mengajar. Gembira sungguh melihat mereka membaca sekarang nih. Semua anak murid saya sudah lancar membaca berbanding dahulu ada yang tidak kenal huruf. Ya allah bahagianya melihat perkembangan mereka..

Ibu bapa diluar sana... harap dapatlah meneruskan perjuangan mendidik mereka ini. Mereka semua anak yang baik.. Saya yakin ibu bapa pasti lebih arif akan anak sendiri. Sayang bukan bererti kita harus memberi segalanya. Keras bukan bererti kita benci. Dalam era globalisasi dunia sekarang, mendidik menjadi lebih mencabar. Oleh itu lindungilah anak tuan puan dengan perisai ilmu agar mereka tidak tewas dipertengahan jalan. Biarlah mereka sedar dan tahu memilih baik dan buruk diusia muda ini agar landasan yang kita bina membuatkan mereka ini terpimpin kearah cahaya yang diredhai. Setiap mereka ini punya kebolehan tersendiri. Kurang dalam pelajaran bukan bererti mereka akan tergelincir. Ada anak yang saya lihat agak lemah dalam pelajaran namun dalam bila disuruh mengaji, subhanallah lunak merdu dan lancarnya. Ada yang hebat dalam lukisan.. Ada yang bagus dalam muzik, kira-kira, deklamasi sajak puisi dan sebagainya. Jangan sempitkan pemikiran kita. Tugas kita membimbing mereka memilih bukan memilihkan untuk mereka. Kerana mereka perlukan sokongan bukannya arahan.. Ada masanya kita perlu memilih untuk mereka membantu agar mereka dapat melihat sesuatu yang tersirat..


sayangnya semua anak murid cikgu.. Tahniah untuk semua dan seperti yang cikgu janjikan, sama ada menang atau tidak, terlibat atau tidak, semuanya akan mendapat hadiah dari cikgu.. Kerana kamu semua anak yang baik.... Semoga allah memberi rahmat buat kamu semua dan cikgu doakan kejayaan kamu didunia dan di akhirat. Biarpun kamu semua belum mengerti namun cikgu pasti suatu masa nanti kamu semua akan menyedari... Sayang semua...













TEMPAT KE-2 PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT SEKOLAH.



No comments: