Hmm.... Kadang kala macam kelakar bla pikir aku jadik cikgu. Hehheheh... Alkisah dulu mak aku selalu sindir. Mak kater cair montot anak murid kalau aku jadik cikgu. Hihihihi... Dah rezeki aku kat situ. Alhamdulillah..
Garang..... Ha ni nak citer nih. Aku MEMANG GARANG !!!! Hihihihi... Aku tegas n kalau aku rase aper yang aku buat tuh betul... aku tak akan ubah keputusan aku. Tapi kalau aku salah aku tak akan segan nakmintak maaf tapi.. amik maser lah sikit.. Well manusiakan. Ni citer aku mule-mule mengajar. Aku kena buli ngan budak sampai pitam. Tapi tahun pertama jer. Masuk tahun kedua...awal-tahun aku dulu dah tunjuk garang. Pastu dan seterusnya senang. Hmm.. Nawaitu aku.. mendidik..
Cuba bayangkan. Seorang ibu yang beranak 5. Kat umah terjerit-jerit, pening n kadangkala cuti jer hantar terus balik kampung.. Tiket sehala... Hujung cuti baru amik tiket dua hala. Kadang kala nakalnya anak, diri sendiri tak tahan. Bayangkan kalau dihimpun anak yang nakal sumer tuh dalam satu kelas seramai 40 orang. Yang jaga sorang jer cikgu. Kadang-kala termarah terlepas sket tu perkara biasa. Namun ade ibu bapa yang tak mengerti.. Tak perlah. Hanya guru mengenal tugas guru.
Garang..? aku memang garang. Awal tahun jer ader lah ibu bapa yang dok datang complain aku garang. Aku tak kisah apa pandangan ibu bapa kerana walaupun aku garang ... bertempat.. Dan yang manisnya walau aku garang anak-anak murid aku semuanya close dengan aku. Mereka tahu aku marah sebab aper. Dan aku tak derlah tetiba macam meroyan nak marah tak tentu hala. Nawaitu aku satu.. MENDIDIK. Setiap kali melihat mereka aku tak lupa minta allah jadikan mereka anak yang berguna dan punya masa depan yang cerah.
Aku sayang anak-anak murid aku. Mereka jantung hati aku. Sebab tuh kalau sakit pun aku nak jugak datang mengajar. Bagi aku mereka semua penting. Walaupun nakal dan selalu peningkan kepala aku, namun itulah yang buat aku bahagia. Aku tahu mendidik tak seharusnya garang. Tapi kalau ketegasan aku dianggap garang oleh sesetengah pihak, aku tak mampu nak wat per. Bagi aku kalau aku betul aku tak akan berganjak. Bukankah berani itu kerana benar.
Sebagai seorang ibu bapa aku faham. Kasih sayang itu kadang kala mengaburi. Dan aku tidak selalunya betul. Ade satu insiden sorang ibu complain kat guru besar yang aku ketuk kepala anak dia dengan buku. Aku mulanya geram sangat sebab tak benar. Tak pepasal aku kena menjawab. Bukan kah lebih baik ibu tu periksa dulu. Mula nya aku memang marah. Aku tak perlu nak pukul anak-anak murid aku. Kerana dengar suara aku pun anak murid aku dah kecut. Suara aku jer bergegar satu kelas. Tambah lagik berdiri cekak pinggang sumer duduk sopan kat meja memasing. Tapi bla aku fikir balik, tak ape lah. Kalau aku ditempat ibu tu aku pun mungkin lakukan perkara yang sama jugak. Lagi pun aku akan dan terpaksa kawal kelas betul-betul awal tahun. Jadi masuk bulan kedua aku dah tak perlu pening kepala dengan masalah murid. Malah Disiplin murid juga terkawal.
Walaupun aku garang, semua anak murid aku yang comel-comel tuh pandai ambil hati aku. Keje sekolah yang aku beri sumer siap. Malah pencapaian mereka sangat bagus. Saat guru kelas yang lain pening kepala anak murid mereka langsung tak kenal huruf, anak murid aku dah boleh membaca walau pun sekadar merangkak. Yang merangkak pulak semakin laju. Tulisan kebanyakkan sumer kemas mengalahkan abang kakak mereka. Malah aku boleh lihat daya saing mereka dalam kelas. Aku bahagia melihat perkembangan mereka. Aku tak perlukan ganjaran apa-apa. Bagi aku mereka amanah yang harus aku jaga. Jika aku terpaksa bertegas untuk menjaga amanah ini aku akan lakukan meskipun aku akan disalah tafsir.
Bagi ibu bapa yang mungkin tak puas hati, sorry k. Amanah ini terlalu besar dan aku lebih takut mengadap allah nanti dengan amanah yang telah aku abaikan. Mana mungkin aku dapat menjawabnya nanti. Andai disoal.."mengapa aku berdiam apabila ada murid ku yang melakukan kesilapan?" Apakah jawapan yang harus aku jawab? "mengapa sebagai seorang guru aku gagal mendidik anak-anak ku, dan membiarkan mereka membesar dengan membawa satu kesilapan kecil yang boleh menjadi kesalahan besar suatu masa nanti" Mampukah aku menjawab? Andai anak-anak ku gagal menjadi insan berguna, seumur hidup aku akan menyesal.
Anak-anak murid ku sememangnya nakal. Namun aku bangga dengan mereka. Saat murid sebaya sibuk bising ketika didalam kelas pabila guru tiada, anak murid ku membaca buku cerita. Kelas lain muridnya bergaduh sesama sendiri, anak murid ku rapat sesama sendiri bagai saudara. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing. Aku tak perlukan jadual kelas untuk pastikan kelas teratur dan bersih. Anak-anak murid ku tahu tanggungjawab mereka. Aku sayang mereka semua. Aku bersyukur menjadi seorang guru.
Aku bukanlah garang sentiasa.. Hanya anak murid ku sahaja yang mengenal aku. Kepada ibu bapa maaf sekiranya ada hati yang tercalar. Bagi ku mereka jua anak-anak ku. Semoga allah menjadikan mereka anak-anak yang berguna dan menjadi khalifah allah yang memakmurkan dunia dan akhirat.
Manusia tidak sempurna. Aku tidak sempurna. Jika aku mengguris hati maafkan aku. Semoga allah membalas dengan sesuatu yang lebih baik.. Amin..
Ha nih la anak-anak aku yang nakal-nakal....!!!
No comments:
Post a Comment